Thursday, 31 July 2014

*[5]# - Hari Raya Aidilfitri 2014 (1 Syawal 1435H)

As Salam everyone. Thank you for taking your time to go through my blog even though it is still in its early stages. I'm trying my best to keep it as interesting as possible by sharing my knowledge as well as what I am interested at.

This is a special post regarding my 2014 Hari Raya Aidilfitri celebration.

This is a very different raya compared to the previous year because this year, both of my grandfather, "Atuk" (Mother's side) and "Tokki" (Father's side), have gone back to Allah.

(This post is in Malaysian language)

Hari raya kali ini memang berlainan kalau ingin dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Pada waktu pagi raya, saya bersama dengan ayah dan adik pergi ke surau taman untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.

Setelah selesai Solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga menjamah juadah yang disediakan oleh ibu di rumah.
Alhamdulillah sungguh sedap masakan ibu. Ibu juga ada membuat lontong untuk hari raya kali ini atas permintaan saya sendiri kerana arwah atuk selalu menghidangkan lontong di hari raya.

Selesai makan, kami pun bergerak pergi ke kubur arwah atuk laki dan arwah atuk perempuan (sebelah ibu).

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke satu lagi tapak perkuburan untuk menjenguk kubur arwah moyang kami.






Setelah selesai menghadiahkan al-fatihah kepada semua yang terlibat, kami pulang ke rumah sebentar untuk bersiap menuju ke kubur "tokki" yang terletak di Kuala Berang, Terengganu.

Tibanya di sana, kami sekeluarga singgah di rumah arwah "tokki" untuk melawat nenek dan saudara mara yang lain. Setelah selesai, kami pun bergerak menuju ke kubur arwah "tokki". Kami menghadiahkan Al-Fatihah dan doa kepada arwah "tokki" agar ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dekat di sisi Allah.


Selepas itu, kami sekeluarga meneruskan perjalanan menuju ke kubur arwah ibu kepada ayah saya yang terletak di Dungun, Terengganu. Setelah tiba, kami pun terus mengahadiahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek. Walaupun saya tidak dapat berjumpa dengan arwah nenek, saya tetap merasa kesedihan yang dirasa oleh ayah saya. Insya-Allah roh arwah nenek juga akan berada bersama-sama dengan orang yang beriman.

Kemudian kami pun melawat rumah sahabat handai ayah dan ibu. Alhamdulillah sihat-sihat semuanya.

 Raya kali ni merupakan raya yang sangat berbeza bagi saya. Semuanya berubah secara drastik dengan kehilangan orang yang tersayang. Kehidupan tetap kena diteruskan. Insya-Allah semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Semoga saya akan menjadi seorang umat Islam yang lebih baik dan sentiasa mengingati kebesaran Allah selepas ini.

Sampai di sini sahajalah nukilan saya untuk kali ini. Sesungguhnya apa yang tertulis dalam post kali ini hanyalah apa yang dirasakan oleh saya.

THANK YOU FOR YOUR TIME AND KEEP ON SUPPORTING THIS BLOG!!!

No comments:

Post a Comment